Saya sedang menunggu bas pulang ke Pulau Pinang, dari jauh saya nampak sepasang kekasih berjalan menuju ke arah saya barangkali juga menunggu bas pergi Pulau Pinang. Akhirnya pasangan kekasih ini menunggu di sebelah saya, sambil menunggu si teman wanita mengeluarkan sebungkus buah jambu air. Si teman wanita ini makan sambil membuang sisa jambu yang dirasanya tidak sedap ke lantai. Saya memandang tingkah laku si teman wanita ini sambil menggeleng kepala. Si teman lelakinya juga nampak. Selepas si teman wanita ini menghabiskan jambunya dia membuang beg plastik ke lantai padahal tong sampah hanya berdekatan.Apabila nampak keadaan ini saya mengeleng kepala saya lagi. Si teman lelaki yang nampak tindak balas saya juga rasa malu. Dengan segera dia mengutip beg plastik dan buang ke dalam tong sampah. Nasib baik si teman lelaki masih ada kesedaran bahawa kebersihan tanggungjwab bersama. Adakah ini perangai kebanyakan orang Malaysia?Tepuk dada tanya selera , orang Malaysia.
Saturday, January 10, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)